January 22nd, 2010
Halu everybody…
Baru2 ini kami mengadakan sesi photoshoot di Eng Lai Furniture, Jalan Teluk Sisek,Kuantan. Kali ni kami sengaja pilih kelainan sikit untuk shoot dalam Eng Lai perabot ini sebab nak buat eksperimental lighting indoor. Aku sendiri juga banyak belajar pada sesi ni. Pada mulanya kami nak pakai banyak lighting. Tapi tengok macam cun je pakai 2 point lighting, jadi pakai dua je..Pakaian dan andaman pada sesi photoshoot ini ditaja oleh andaman Ujies Collection. Talents pada hari tersebut ialah Fiza, Fatin, Peeja dan Nani. Thanks untuk model kami kerana memberi kerjasama yang baik semasa sesi photoshoot ini. Juga tidak lupa kepada semua staff Eng Lai’s kerana banyak membantu semasa sesi ini. Aku tidak berkesempatan nak shoot banyak disebabkan aku turut menjadi model. hahaha…lawakkan.. Yang banyak shoot hari tu ialah Gezzeg & Tom Ramzul. Disebabkan gian nak shoot jugak ada la di bawah ini beberapa keping untuk dikongsi bersama. Last skali thanks a lot to my teammates (Gezzeg Photowork)iaitu Gezzeg dan Tom Ramzul for this session.Enjoy!!!!
Fakhrul Najmi
www.fakhrulnajmi.com
012-959 1339











Posted in Conceptual, Photoshoot | No Comments »
January 20th, 2010
Baru2 ni aku and da gang pergi ke sungai lembing untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan mengadakan sesi photoshoot. Model pada hari tu ialah fiza. Kt bawah ni ada sedikit gambar sesi photoshoot tersebut.




Tags: Conceptual Photography, Jurufoto Kuantan, Kuantan Photographer, sungai lembing
Posted in Conceptual, Outdoor, Photoshoot | No Comments »
December 15th, 2009
Majlis akad nikah mereka berdua berlangsung pada 5 Disember 2009. Sebelum akad nikah,diadakan majlis bertunang secara ringkas di rumah pengantin perempuan. Manakala majlis besar mereka pada 6 Disember. Alhamdulillah majlis mereka berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik pada hari persandingan mereka. Ramai sanak saudara dan juga sahabat handai yang datang dari dekat dan juga jauh untuk melihat majlis bersejarah mereka berdua. Selesai majlis mereka di rumah, kami mengadakan sesi outdoor di Taman Gelora sehingga lewat petang dibantu oleh beberapa orang rakan. Semoga anda semua enjoy ya melihat gambar2 mereka… Daaa……..
Fakhrul Najmi
012-9591339
www.fakhrulnajmi.com


















Posted in Outdoor, Weddings | No Comments »
November 28th, 2009
Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Sg Isap, Kuantan, Pahang dalam keadaan hujan. Nak buat outdoor pun tak boleh disebabkan hujan sehingga majlis tamat. Lagi pun aku dalam keadaan demam masa ni. Balik dari majlis ni demam aku tambah seminggu lagi.. Apa pun tenkiu kepada pasangan pengantin dan juga keluarga mereka atas layanan baik mereka. Kepada Syaful & Fatimah, selamat berbahagia..
Fakhrul Najmi
012-9591339
www.fakhrulnajmi.com







Posted in Weddings | No Comments »
November 14th, 2009
Seminggu selepas majlis besar mereka di Jempol,N9, aku dan Gezzeg ke Kepong,Selangor pulak untuk majlis resepsi bagi pasangan Nain & Norm. Majllis ni bermula pada Jumaat malam 6 November 2009 dengan majlis berinai. Pada malam tu,mereka berarak dan dimeriahkan dengan sambutan bunga api dan beberapa persalinan. Pada keeseokan harinya acara berarak mereka dimeriahkan pula dengan acara silat. Aku pun nyaris terkena keris,kalau tidak tak dapat aku nak upload gambar korang ni.. hihi.. Nama je majlis resepsi tapi besar dan sangat meriah majlis ni.. Layanan korang pada kami berdua pun tip top condition. hehe.. Thanks a lot kepada pasangan pengantin dan keluarga. Kiteorg amatlah berpuas hati.. Terharu plak.. Uhuk2… hehehe.. Jangan nangis ye norm.. Kang abg Nain pon nangis gak.. Kami pun berharap korang berpuas hati dengan servis kami.. Apa2 pun diharapkan korang enjoy dengan gambar2 di bawah ni.. yang ni versi aku. Nanti korang tgk versi Gezzeg plak ye.. lagi meletop!!! Kebabom!!
Fakhrul Najmi
012-9591339
www.fakhrulnajmi.com












Tags: Kepong, Malaysian Photographer
Posted in Weddings | No Comments »
November 13th, 2009
Sekali lagi aku tag along dgn Gezzeg ke Jempol, Negeri Sembilan. OP untuk event ini ialah Gezzeg, and aku 2nd. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan pengantin ini, Normaliza & Dzulkarnain atas kesudian mereka menjemput kami ke sana untuk merakamkan detik2 indah mereka saat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri. Sesungguhnya layanan mereka teramatlah memuaskan kami berdua. Terharu sungguh rasanya..hik..hik..hik.. Keduanya amatlah sempoi.. Memang berbaloi2.. Nantikan pula gambar2 mereka pada majlis menyambut menantu di Kepong utk post selepas ini..
*Sila lawat www.gezzeg.com untuk melihat gambar mereka versi Gezzeg pula.. TQ..
Fakhrul Najmi
012-9591339
www.fakhrulnajmi.com
















Tags: Bahau, Jempol
Posted in Weddings | No Comments »
October 25th, 2009
Tanggal 17 Oktober 2009 merupakan tarikh yang paling bermakna buat pasangan Julia dan Azam. Julia ni merupakan rakan junior aku di kolej dulu. Pada tarikh ini pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. Aku juga seawal 8 pagi sudah berada di rumah Julia kerana majlis akad nikah berlangsung pada 9 pagi. Majlis hari itu berakhir pada jam 5 petang sebelum hujan turun. Keesokan harinya aku buat sesi outdoor untuk pasangan pengantin ini di kawasan taman permainan dan di taman gelora. Terima kasih kepada rakan ’sephotographerku’ apit dan juga zarul sebagai lightingman semasa sesi outdoor. Di bawah ini ialah antara hasil2nya…









Dan di bawah ini pula sesi outdoor pada keesokan harinya..







Posted in Weddings | No Comments »
October 20th, 2009
Majlis rumah terbuka Telekom Malaysia Negeri Pahang ini diadakan pada 15 Oktober 2009 bertempat di Ibusawat Teruntum Kuantan. Setiap tahun TM Pahang akan mengadakan majlis rumah terbuka. Beberapa tetamu terhormat turut hadir memeriahkan majlis ini. Pada majlis ini juga dimeriahkan dengan staff2 TM menyanyikan lagu2 raya. Majlis penyampaian hadiah juga diadakan untuk staff2 TM,cabutan TM dan cenderahati untuk golongan2 saudara baru Islam yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar TM Negeri Pahang, Dato’ Wan Danial… Selamat Hari Raya ye..












Dato‘ Wan Danial
Posted in Events | No Comments »
October 12th, 2009
Majlis yang sangat meriah ini berlangsung di Beserah,Kuantan, Pahang.. Ramai tetamu yang hadir dari malam majlis akad nikah sehingga hari besar. Terima kasih kepada pasangan pengantin Nazneen dan suami tercinta Zulkarnain serta keluarga kedua-dua pihak kerana sporting semasa sesi fotografi. Penat mengambil gambar pun hilang. Hehe.. Semoga kalian berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama keluarga tercinta. Di sini saya sertakan serba sedikit gambar pada hari istimewa mereka berdua. Enjoy yah..
Fakhrul Najmi
012-9591339
www.fakhrulnajmi.com













Tags: Beserah, Kuantan, Kuantan Photographer, Pahang, Weddings
Posted in Weddings | No Comments »
August 10th, 2009
Posted in Weddings | No Comments »